Tuesday, May 23, 2006

Singapura Dilanggar Todak



Singapura Dilanggar Todak - lagenda seorang budak cerdik bernama Hang Nadim yang telah menyelamatkan Singapura daripada serangan ikan todak. Hasutan Bendahara kepada Sultan yang menakut-nakutkan Sultan bahawa apabila budak ini besar kelak ia mungkin boleh mengambilalih tahta kerajaan, akhirnya Hang Nadim dihukum bunuh.

Lagenda ini unik kepada kaum Melayu. Malangnya ini melambangkan sifat hasad-dengki segelintir orang Melayu, sifat hasut-menghasut, tidak suka tengok orang lain senang, dan takut kepada bayang-bayang. Didalam pengurusan sifat ini sering tertunjul di kalangan kaum Melayu; ketua yang kurang 'pandai' dan tidak yakin dengan kemampuan sendiri tidak akan menunjulkan kemampuan atau potensi kakitangan bawahan yang dianggap BAHAYA kepada kedudukannya; kakitangan seperti ini sering diketepikan dan tidak diberi peluang, malah mungkin teranianya dan dianianya.



KERIS juga unik kepada kaum Melayu. Kaum Melayu juga banyak keunikannya yang positif, dari segi keseniannya, sopan-santunnya, budi-bahasanya dan kebijaksanaannya.

Jangan biarkan asal-usul nama 'Melayu' yang memberi makna 'orang yang pemalu' ini terus memberi makna 'orang yang layu'. KOTAKAN !!! dan jangan hanya katakan "tidak Melayu hilang di dunia"